Salad Sayuran Nigella Sativa



Bahan-bahan :


1) Salad kobis di mayang, Lobak merah yang dimayang halus
2) Bawang besar dimayang halus
3) Cili merah yang di mayang halus
4) Kentang goreng atau kentang rebus yang dipotong kecil.
5) Kismis
6) 1 atau 2 sudu besar minyak asli Habbatus Sauda Seribu Dinar
7) 1 sudu besar minyak zaiton
8) Sedikit Bijian asli Habbatus Sauda Seribu Dinar
9) Secubit garam bukit.
10) 1 atau 2 biji lemon atau limau kasturi ( untuk diambil airnya dan kulitnya diparut)

Cara menyediakan :

Gaulkan semua bahan diatas dan taburlah dengan bijiran asli Nigella Sativa yang telah digoreng tanpa minyak sebelum menjamu selera. Ia cukup mudah disediakan, cepat, lazat dan berkhasiat. Kaya dengan vitamin, protin, serat, dan galian. Enak jika dimakan bersama nasi, roti, capati , roti bakar mahupun dimakan begitu sahaja. Sesuai untuk hidangan sarapan pagi mahupun minum petang. Mudah-mudahan kita memperoleh kebaikan dan keberkatan kerana Habbatus sauda adalah makanan sunnah Nabi Muhammmad S.A.W.


Selamat mencuba....
Wassalam.

Cetusan Resepi : Pn Watie Hj. Paijan